Apa itu DSR?
DSR adalah singkatan bagi Debit Service Ratio iaitu berapa komitmen hutang berbanding pendapatan bulanan kita. DSR semasa untuk setiap individu adalah berbeza.
Kenapa perlu tahu DSR?
DSR biasa diguna pakai oleh Bank untuk menentukan kelayakkan peminjam. Maka ini adalah perkara pertama kita perlu ambil peduli sebelum buat keputusan untuk membeli hartanah menggunakan pembiayaan Bank.
DSR berbeza mengikut Pendapatan bulanan.
Pendapatan kurang dari RM 3,000: DSR maksima, 60%.
Pendapatan dari RM 3,001 ke RM 5,000: DSR maksima, 70%.
Pendapatan dari RM 5,001 ke RM 8 000: DSR maksima, 75%.
Cara mengira DSR semasa.
Formula asas DSR adalah :
- DSR = [ Komitment / Pendapatan ] X 100
Ambil contoh Gaji bulanan kita ialah RM 3,800, maka DSR maksima yang dibenarkan oleh bank adalah 70%. Komitmen bulanan lain kita pula adalah seperti berikut
- Ansuran kereta = RM 550
- Ansuran motor = RM 300
- Ansuran hutang peribadi = RM 350
- Ansuran kad kredit /AEON = RM 300
- Ansuran Ptptn = RM 150
- Total komitmen semasa = RM 1,650
Nota: Komitmen yang diambil kira hanya yang ada dalam penyata CCRIS sahaja.
Maka, Formula kira DSR:
- DSR = [ Komitment / Pendapatan ] X 100%
- DSR = [ RM1,650 / RM 3,800 ] X 100%
- DSR = 43% = DSR Semasa
Jika kita berhajat untuk membuat pembiayaan perumahan dengan ansuran bulanan sebanyak RM 900, maka kita perlu tambah nilai tersebut untuk dapatkan nilai DSR semasa yang baru.
DSR semasa baru:
= [ RM 1,650 + RM 900 / RM 3,800 ] X 100% = 67%
DSR semasa baru adalah 67% kurang dari 70% ( DSR maksima yang dibenarkan pihak Bank), maka kebarangkalian permohonan pembiayaan kita akan lulus adalah Tinggi.
Cara nak kira berapa ansuran bulan tambahan yang layak dipohon.
Ambil contoh Pendapatan RM 3,800, DSR maksima adalah 70% dan total komitment bulanan sama seperti di atas.
Formula asas :
Komitmen maksima = [ DSR maksima / 100% ] X Pendapatan
Komitment Maksima = [ 70%/100% ] x 3,800
Komitmen Maksima = RM 2,660
Maka Jumlah ansuran bulanan tambahan boleh mohon adalah seperti formula berikut
= Komitmen maksima – total komitmen semasa.
= RM 2,660 – RM 1,650
= RM 1,010
= Maksima Ansuran bulanan tambahan yang boleh mohon.
Berapakah jumlah pembiayaan yang kita boleh mohon?
Gunakan formula Rule 200
Nilai Pembiayaan Baru boleh mohon
= Jumlah ansuran bulanan tambahan x 200
= RM 1,010 x 200
= RM 202,000