FORMULA PENGIRAAN BAYARAN PREMIUM UNTUK MENYAMBUNG TEMPOH PAJAKAN BAGI HARTANAH LEASEHOLD
Anda risau sebab tempoh PAJAKAN untuk rumah LEASEHOLD yang anda diami sekarang dah hampir tamat?
Ingin mengetahui berapakah anggaran bayaran premium yang perlu anda bayar kepada pihak berkuasa negeri?
Jom kita tengok FORMULA pengiraan yang digunakan untuk mengira kos bayaran PREMIUM yang mungkin digunakan oleh pihak berkuasa negeri..
PERINGATAN: Formula ini mungkin berbeza dengan apa yang digunakan oleh pihak berkuasa negeri di tempat anda kerana ia TERTAKLUK kepada pihak berkuasa negeri masing-masing.
FORMULA nya begini:
PREMIUM = 0.25% x 0.01 x Nilai Pasaran tanah (dalam kaki persegi) x Bilangan tahun untuk diperbaharui x Keluasan tanah (dalam kaki persegi)
Sebagai contoh; keluasan tanah rumah anda yang terletak di Petaling Jaya, Selangor adalah 3000 kaki persegi, dengan berbaki pajakan hanya 10 tahun lagi (maksimum tempoh pajakan adalah 99 tahun). Anda dah check Nilai Semasa rumah tersebut dan mengandaikan ia bernilai RM120 satu kaki persegi oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Oleh yang demikian, Bayaran Pembaharuan Pajakan yang mungkin boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri adalah:
0.25 x 0.01 x RM120 (nilai anggaran sekaki persegi) x 89 (tahun yang ingin disambung) x 3000kps (luas tanah tersebut)
= RM80,100
Jadi, anda perlu membayar RM80,100 kepada pihak berkuasa negeri untuk memperbaharui tempoh pajakan tanah tersebut sehingga maksimum 99 tahun jika ianya berbaki 10 tahun lagi untuk tamat.
Sekarang anda dah tahu?
kredit kepada Hartanah dan Anda
#HARTANAHDANANDA #HARTANAH #LEASEHOLD #PAJAKAN #SAMBUNGAN #PREMIUM #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH
Perlukan khidmat Ejen Hartanah Berdaftar untuk membantu anda jual rumah?
Kami akan bantu buat MARKET VALUE, menjalankan PEMASARAN hinggalah menemui pembeli.
Hubungi saya Hishamuddin @ Shamos dan klik ⬇️⬇️⬇️