
Istilah Freehold, Leasehold dan Malay Reserved yang perlu difahami sebelum miliki sesuatu hartanah.
1. FREEHOLD
Freehold atau dalam istilah bahasa ialah Hakmilik Bebas. Bermakna petak tanah tersebut adalah milik anda sepenuhnya.
Tidak ada sekatan untuk pindah milik. Walaupun rumah yang dibina di atas tanah berstatus freehold ini bebas untuk dijual atau dipindahmilik tapi ia masih tertakluk pada akta Lot Bumi.
Proses untuk pindah miliki hartanah tersebut memerlukan masa yang singkat kurang dari 6 bulan.
Rumah berstatus freehold biasanya menjadi pilihan utama dan mendapat permintaan yang tinggi. Maka harga rumah ini biasanya lebih tinggi dari hartanah yang berstatus Leasehold.
2. LEASEHOLD
Leasehold dalam istilah bahasa Hakmilik Bertempoh. Iaitu rumah atau bangunan ini dibina di atas tanah yang dipajak atau disewa dari kerajaan negeri. Tempoh pajakan tanah kerajaan ini biasanya 99 tahun.
Bagi melanjutkan tempoh pajakan, bayaran ‘Premium’ atau fee perlu di bayar pada kerajaan negeri.
Rumah berstatus leasehold mempunyai sekatan jika ingin dijual atau di pindahmilik, perlu mendapat CONSENT atau Kebenaran dari pihak berkuasa negeri. Proses untuk pindah milik biasanya melebihi 6 bulan.
Harga bagi rumah ini biasanya adalah rendah sedikit dari harga rumah berstatus Freehold.
Rumah berstatus leasehold pada kebiasaanya banyak terdapat di pusat-pusat bandar besar.
3. MALAY RESERVED
Malay Reserved iaitu tanah berstatus khas untuk orang Melayu sahaja. Istilah dalam bahasa ialah Rezab Melayu. Hartanah ini adalah Hak kaum Melayu hanya boleh dimiliki oleh kaum Melayu sahaja dan tidak boleh dipindah milik pada bangsa lain.
Syarat ‘Melayu’ ialah seseorang itu mesti berketurunan Melayu dari bapanya bukan dari ibunya. Jika seseorang itu lahir dari ibu Melayu tetapi bapa dari keturunan bangsa lain, ia tidak layak untuk miliki hartanah ini.
Tanah berstatus Malay Reserved boleh juga terdapat bersama pada tanah yang berstatus Freehold dan Leasehold.
Perlukan khidmat Ejen Hartanah Berdaftar untuk membantu anda jual rumah?
Kami akan bantu buat MARKET VALUE, menjalankan PEMASARAN hinggalah menemui pembeli.
Hubungi saya Hishamuddin (Encik IZI) dan klik ⬇️⬇️⬇️
Pingback:Kebenaran PindahMilik Hartanah (Consent) -