Ada 2 hal yang perlu diketahui tentang Kebenaran PindahMilik Hartanah yang ada Sekatan Kepentingan (Consent)
Anda yang ingin membeli rumah MESTI ambil tahu perkara ini. Ini kerana ia memberi kesan kepada tempoh masa untuk menyelesaikan proses transaksi jual beli hartanah. Anda juga perlu tahu status atau Title hartanah yang ingin anda miliki adakah ianya Leasehold, Freehold, Malay Reserve atau sebagainya.
Untuk info Title sila klik di sini.
Hartanah yang berstatus Leasehold, akan ada suatu ketetapan tercatat pada geran iaitu:-
“SEKATAN KEPENTINGAN:
Tanah yang diberi milik ini tidak boleh dipindah milik, dipajak atau digadai melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri”
Kenyataan ini adalah untuk menyatakan untuk pindahmilik, gadaian dan pajakan Hartanah atau rumah yang nak dijual tersebut perlu kepada Consent/Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri atau Pihak Pejabat Tanah.
Untuk proses jual beli hartanah yang mempunyai sekatan, ada 2 jenis consent yang terlibat iaitu:-
1. Consent to Transfer (CTT) atau Kebenaran untuk pindahmilik
2. Consent to Charge (CTC) Kebenaran untuk gadaian
Consent to Transfer (CTT) atau Kebenaran untuk pindahmilik
CTT ialah kebenaran pindahmilik hartanah dari satu pihak kepada pihak yang lain. Kedua-dua pihak yang terlibat ini adalah penjual dan pembeli. Urusan ini biasanya diselesaikan oleh pihak peguam yang dilantik oleh pihak pembeli. Apabila permohonan ini lulus, satu blanket consent akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah.
PERMOHONAN KEBENARAN PINDAHMILIK MENYELURUH (BLANKET CONSENT)
Kaedah mendapatkan kelulusan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk memindahmilik hakmilik daripada nama pemaju kepada nama pembeli pertama bagi projek pembangunan yang mempunyai sekatan kepentingan setelah hakmilik individu dikeluarkan (landed title/strata title).
Consent to charge (CTC) Kebenaran untuk Gadaian
CTC ialah kebenaran gadaian. Ia dikeluarkan bagi urusan jual beli rumah yang menggunakan pembiayaan atau pinjaman bank atau kerajaan. Ia adalah bagi menjaga kepentingan dan hak pihak bank atau LPPSA yang memberi pinjaman/pembiyaan kepada pembeli. Ini bagi menjamin supaya pihak pembiaya dapat semula wang pembiayaan yang telah dikeluarkan, melalui pembayaran berjadual seperti yang telah dipersetujui dalam Loan Agreement.
Pada amnya proses untuk memperoleh Consent to Transfer (CTC) ini tidak lama jika ia berlaku antara penjual bumiputra kepada pembeli bumiputra. Tetapi tidak kepada penjual bumiputera kepada non-bumi, ia akan ambil masa yang agak lama dan kebiasannya permohonan itu akan ditolak walaupun telah di appeal beberapa.
Setelah peroleh CTC , maka proses jual beli rumah dan hartanah boleh diteruskan.
Terima Kasih kerana sudi membaca.
Perlukan khidmat Ejen Hartanah Berdaftar untuk membantu anda jual rumah?
Kami akan bantu buat MARKET VALUE, menjalankan PEMASARAN hinggalah menemui pembeli.
Hubungi saya Hishamuddin (Encik IZI) klik ⬇️⬇️⬇️