Jom fahami istilah Title yang ada dalam urusan pembelian rumah.
MASTER TITLE, STRATA TITLE DAN INDIVIDUAL TITLE.
Ini adalah jenis-jenis Title yang ada dalam urusan pembelian rumah/hartanah iaitu Master Title, Strata Title dan Individual Title.
Title ialah hakmilik ke atas sesuatu hartanah.
1) Master Title atau Hakmilik Induk
Master Title adalah geran besar/induk yang mana pemiliknya ada satu dan biasanya adalah nama Pemaju atau Developer. Tanah tersebut adalah Hakmilik Pemaju dan masih dimilik dan dibangunkan oleh pemaju itu sendiri.
2) Strata Title atau Hakmilik Strata
Hakmilik Strata adalah hakmilik untuk unit-unit yang telah dipecahkan dari Master Title atau geran besar/induk. Hakmilik ini biasanya untuk hartanah yang berbentuk bangunan tinggi bertingkat-tingkat seperti kondominium, pangsapuri, townhouse, dan lain-lain. Sekarang ini ada juga projek rumah teres yang berstatus hakmilik strata.
3) Individual Title atau Hakmilik individu
Hakmilik Individu pula adalah untuk rumah teres yang lebih biasa di sebut rumah landed. Rumah yang terletak diatas petak tanah yang tidak berkongsi dengan orang lain. Hakmilik ini juga adalah dari unit-unit yang telah dipecahkan dari Master Title atau geran besar/induk.
Hakmilik individu tidak tertakluk di bawah akta pengurusan bersama. Komuniti penduduk boleh ditubuhkan dengan tujuan untuk menyelenggara dan menguruskan hartanah tetapi mereka tiada hak untuk menyita atau membuat apa-apa ke atas pemilik yang enggan nak bayar yuran pengurusan.
Miliki Hakmilik Strata dan Hakmilik Individu adalah penting dalam urusan pembelian rumah untuk pengurusan dan jualbeli hartanah pada masa akan datang.
Perlukan khidmat Ejen Hartanah Berdaftar untuk membantu anda jual rumah?
Kami akan bantu buat MARKET VALUE, menjalankan PEMASARAN hinggalah menemui pembeli.
Hubungi saya Hishamuddin (Encik IZI) dan klik ⬇️⬇️⬇️