RUMAH SUBSALE ATAU RUMAH BAHARU?
*Oleh Alin Yasmin, Legal Intern, Tetuan Saleh & Aizac
Persoalan ini sering menjadi dilemma buat para Pembeli baharu dan manakah satu pilihan yang terbaik atau tepat. Secara umum, pelbagai faktor yang harus dititikberatkan sebelum Pembeli membuat keputusan. Pada perkongsian kali ini, saya akan kupaskan topik ini dengan lebih lanjut. Semoga bermanfaat!
1.0 Rumah Subsale
? Maksud subsale:
Dengan kata yang mudah, rumah subsale merupakan rumah second hand dan urusan jual beli melibatkan dengan pihak pemilik rumah itu sendiri.
? Harga:
Rumah subsale kebiasaannya dijual pada harga yang lebih rendah berbanding rumah baharu namun faktor seperti lokasi harus diambil perhatian. Sebagai contoh, harga pasaran rumah subsale di Cheras adalah lebih tinggi berbanding harga rumah baharu di Sabak Bernam.
Oleh itu, Pembeli haruslah membuat kajian terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran mengenai nilai pasaran hartanah bagi memastikan Pembeli tidak membayar lebih daripada yang sepatutnya.
Carian boleh dilakukan di laman web https://www.brickz.my/. Pembeli juga boleh mendapatkan diskaun dengan tawar menawar atau “negotiate” dengan pemilik rumah.
? Kualiti rumah:
Pembeli boleh menanyakan kepada penduduk yang sudah menetap lama di kawasan tersebut sama ada mereka berpuas hati atau tidak dengan kualiti rumah. Selain itu, “inspect” rumah tersebut dengan teliti ketika melakukan “viewing process”.
? Pilihan dan Waranti Pembelian Rumah:
Tiada pilihan yang boleh dibuat. Hartanah selalunya dibeli dengan syarat “as is where is basis” di mana hartanah dijual dengan keadaan sedia ada. Dari aspek waranti, tiada waranti yang boleh diberikan atas sebarang kerosakan selepas urusan jual beli selesai.
Oleh itu, Pembeli hendaklah memeriksa rumah dengan teliti ketika viewing. Make it clear dengan pemilik rumah sama ada kerosakan sedia ada itu akan dibaiki sebelum dijual atau tidak.
2.0 Rumah Baharu
? Rumah baharu merupakan rumah yang dibeli daripada pihak Pemaju dan tidak mempunyai pemilik lagi.
?Harga:
Kebiasaannya, harga rumah baharu adalah lebih mahal berbanding rumah subsale namun ia bergantung kepada lokaliti atau jumlah kaki persegi. Ianya kerana keadaan rumah yang masih elok dan tidak mempunyai sebarang kerosakan.
Pembeli boleh mendapatkan harga yang berpatutan melalui diskaun atau rebat yang ditawarkan oleh Pemaju bagi menarik minat pembeli-pembeli yang lain.
? Kualiti rumah:
Tiada sebarang jaminan yang boleh diberikan. Namun, Pembeli boleh melihat projek terdahulu Pemaju sama ada timbul atau tidak isu kerosakan besar. Jika terdapat rekod bahawa Pemaju tersebut mempunyai isu yang sedemikian rupa, maka dinasihatkan untuk Pembeli mencari Pemaju yang lain. “Better be safe than sorry”
? Pilihan dan Waranti Pembelian Rumah:
Pembeli boleh memilih unit yang berdekatan dengan kemudahan awam seperti taman permainan kanak-kanak dan lain-lain. Dari aspek waranti, pembeli akan diberikan “defect liability period” iaitu 24 bulan selepas Pembeli mengambil milikan kosong.
Dalam kata yang lain, dalam tempoh ini, jika berlaku sebarang kerosakan, Pemaju perlu membaiki kerosakan tersebut.
Kesimpulannya, sebagai seorang Pembeli yang bijak, lakukan dahulu perbandingan dan kajian (due diligence) sebelum membuat keputusan. Setiap individu mempunyai “preference” yang tersendiri dan janganlah kita menyesal di kemudian hari.
Ingin ketahui info ini dengan lebih lanjut? Follow FB page Hartanah dan Anda untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan hartanah.
# HARTANAHDANANDA
# COACHAIZAC
# TIPS
# SUBSALE
# RUMAHBARU
Terima Kasih kerana sudi membaca.
kredit, hartanahdananda
Perlukan khidmat Ejen Hartanah Berdaftar untuk membantu anda jual rumah?
Kami akan bantu buat MARKET VALUE, menjalankan PEMASARAN hinggalah menemui pembeli.
Hubungi saya Hishamuddin (Encik IZI) klik ⬇️⬇️⬇️