“KUALA LUMPUR – Bagi terus menggalakkan pemilikan rumah, kerajaan akan melaksanakan pengecualian duti setem sepenuhnya diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025.” Sinar Harian 6 Nov 2020.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/108860/KHAS/Belanjawan-2021/Pengecualian-duti-setem-untuk-rumah-pertama-sehingga-RM500000
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
KELAYAKAN PENGECUALIAN
– Khas untuk pembeli pertama
– Unit harta kediaman tak lebih RM500,000 (ikut nilai pasaran semasa)
– Pembeli adalah warganegara Malaysia dan bukan syarikat.
– Urusan Jual Beli (S&P) dilakukan dari 1 Jan 2021 hingga 31 Dis 2025
– Pembeli tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman semada melalui secara pewarisan atau pegangan bersama.
– Pengecualian untuk suratcara pindahmilik (MOT) dan perjanjian pinjaman perumahan (Loan Agreement).
– Pembelian rumah kediaman dari pemaju & juga pembelian rumah subsale.
– Harta kediaman bermaksud rumah, kondominium, pangsapuri atau rumah pangsa sebagai rumah kediaman yang berstatus Residential.
Note: Harta kediaman berstatus Commercial seperti Serviced Residence, SOHO, SOVO dan seumpamanya adalah TERKECUALI.
CONTOH PENGIRAAN PENJIMATAN UNTUK RUMAH BERHARGA RM500,000
– Duti stem suratcara pindahmilik (MOT) untuk nilai RM 500,000 adalah RM9,000
– Duti stem perjanjian pinjaman (Loan Agreement) untuk 90% dari RM 500,000 adalah RM2,500
Total Penjimatan adalah RM11,500.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Perlukan khidmat Ejen Hartanah Berdaftar untuk membantu anda jual rumah?
Kami akan bantu buat MARKET VALUE, menjalankan PEMASARAN hinggalah menemui pembeli.
Hubungi saya (Hishamuddin) atau klik ⬇️⬇️⬇️